Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal


.

.

Perutusan Pengurus Besar

Perutusan Pengurus Besar

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Pengurus Besar

AFIFAH BINTI HAJI OMAR

Pengurus Besar KEDA

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Malaysia Madani dan Salam Mensejahterakan Luar Bandar.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari Laman Web Rasmi KEDA. Laman web ini adalah salah satu wadah untuk KEDA mendekatkan diri dengan golongan pekerja, majikan, lain-lain pihak berkepentingan dan juga orang ramai.

“Menterjemah Visi kepada realiti sebagai jentera pelaksana utama, pengurusan KEDA memikul tanggungjawab untuk memastikan setiap visi dan dasar diterjemahkan kepada hasil nyata.”

Fokus kami adalah jelas: memastikan setiap projek pembangunan sampai terus kepada kumpulan sasar tanpa ketirisan. KEDA kini sedang giat memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan (Service Delivery) yang pantas dan efisien.

KEDA komited untuk mengurangkan karenah birokrasi melalui adaptasi teknologi digital. Laman web ini berfungsi sebagai medium interaksi dua hala antara KEDA dan pelanggan kami.

Kepada seluruh warga kerja KEDA, marilah kita bekerja sebagai satu pasukan. Terapkan nilai “Cepat, Tepat, dan Integriti” dalam setiap tugasan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

×
Imej ahli lembaga pengarah