Pelancongan
Memanfaatkan keindahan alam semula jadi dan keunikan budaya desa, KEDA giat mempromosikan sektor pelancongan desa (Agropelancongan dan Ekopelancongan) sebagai sumber ekonomi alternatif bagi penduduk setempat.
Menarik pelancong domestik dan antarabangsa untuk merasai pengalaman unik gaya hidup luar bandar.
- Program Inap Desa (Homestay):Membangunkan dan menaik taraf fasiliti homestay di Desa KEDA yang berpotensi, lengkap dengan pakej aktiviti kampung.
- Agropelancongan:Menjadikan ladang-ladang pertanian dan penternakan KEDA sebagai destinasi lawatan pendidikan dan rekreasi.
- Produk Pelancongan Warisan:Mempromosikan seni budaya, makanan tradisional, dan kraf tangan tempatan sebagai daya tarikan pelancong.
- Penyelenggaraan Destinasi:Memastikan kawasan tumpuan pelancongan di bawah seliaan KEDA sentiasa bersih, selamat, dan menarik.
- Port Healing: Memanfaatkan keindahan alam semula jadi dan keunikan budaya desa, KEDA giat mempromosikan sektor pelancongan desa (Agropelancongan dan Ekopelancongan) sebagai sumber ekonomi alternatif. Usaha ini diperkukuh melalui pengurusan destinasi pelancongan oleh anak syarikat KEDA.
KEDA Resort & Holidays merupakan sebuah anak syarikat milik penuh KEDA Holdings Sdn. Bhd. yang mempunyai 4 cawangan iaitu:
1- KEDA Resort Bendang Man, Sik – Resort Mesra Flora
2- KEDA Resort Charuk Tualang, Sik – Resort Persinggahan Anda
3- KEDA Resort Sungai Seluang, Lunas, Kulim – Resort Dalam Bandar
4- Serdang Lake View Resort, Serdang – Resort Percutian Eksklusif
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KEDA Resort & Holidays : https://kedaholdings.com.my/keda-resorts-and-holidays/
LATAR BELAKANG
KEDA Agrobiz Sdn Bhd ditubuhkan pada 12 Ogos 2010 di Lot 2345, Kampung Charuk Tualang, Jalan Gurun-Sik, Batu Lima, 08200 Sik, Kedah Darul Aman
OBJEKTIF
- Memajukan masyarakat luar bandar khususnya golongan sasar KEDA dalam semua bidang sosio ekonomi melalui usaha-usaha pembangunan modal insan, latihan kemahiran, ekonomi dan fizikal dengan tumpuan kepada peningkatan peningkatan kualiti hidup
- Meningkatkan penyertaan golongan sasar dalam kegiatan ekonomi menerusi peningkatan pengupayaan (people empowerment)
- Mewujudkan pembangunan yang seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar dalam kawasan operasi KEDA
VISI
Menjadi sebuah anak syarikat komersial yang berdaya saing
MISI
- Melaksanakan perniagaan strategik yang menguntungkan
- Menguruskan projek kilang air mineral semulajadi dan projek-projek ladang KEDA ke arah lebih komersial dan menguntungkan
- Menguruskan projek-projek pertanian, asas tani dan lain-lain industri ringan yang berkaitan agar dapat menjana keuntungan dan memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar
- Mengurus dan mengkomersialkan sumber dan potensi luar bandar
PRODUK DITAWARKAN
- AIR MINERAL SEMULAJADI AL WADI
Turut menawarkan perkhidmatan penjenamaan sendiri air mineral semulajadi (OEM) - KOPI ROBUSTA
- ANAK POKOK KOPI