Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)

PEJABAT PEGAWAI KESELAMATAN ICT
Mohamad Noorazam bin Jaafar
Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)
📞
No. Tel: +604-7205413
No. Tel: +604-7205413
Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO):
- Memastikan infrastruktur keselamatan ICT KEDA menepati prinsip Rangka Dasar Keselamatan ICT dan Arahan Keselamatan Kerajaan;
- Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur bagi tujuan audit keselamatan ICT;
- Mengenal pasti bidang keselamatan ICT yang memerlukan perhatian rapi;
- Memastikan tahap keselamatan ICT KEDA sentiasa terjamin;
- Memastikan warga KEDA memahami keperluan standard dan prosedur Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
- Menjalankan penilaian risiko dan program keselamatan ICT di KEDA;
- Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko ketidakpatuhan standard ICT;
- Melaporkan sebarang insiden keselamatan ICT kepada GCERT MAMPU;
- Membangunkan standard untuk aplikasi dan infrastruktur bagi mematuhi Dasar Keselamatan ICT Kerajaan;
- Mewujudkan program kesedaran mengenai ancaman siber dan tanggungjawab pengguna ICT;
- Menyebar amaran awal terhadap ancaman yang berpotensi merosakkan aset ICT KEDA; dan
- Mengurus keseluruhan program keselamatan ICT di KEDA.
×