Soalan 1
Siapakah yang layak memohon Program Peningkatan Pendapatan (PPP)?
Jawapan
Kumpulan sasar bagi pelaksanaan program ini terdiri daripada golongan Miskin Tegar, Miskin dan Berpendapatan Rendah (B40). Kriteria kumpulan sasar yang layak adalah seperti berikut :
i. Disahkan sebagai Miskin Tegar dan Miskin serta berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
ii. Diperaku dan disahkan layak oleh Focus Group (FG) Pembasmian Kemiskinan Negeri/Daerah/Agensi Pelaksana; atau
iii. Bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada kriteria di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan KPLB.
Projek-projek ekonomi PPP memberi tumpuan kepada empat (4) skop berikut :
a) Projek Ekonomi Berasaskan Aktiviti Perkhidmatan
Projek-projek ekonomi yang memberikan perkhidmatan yang memerlukan daya kemahiran sebagai aktiviti utama projek seperti perkhidmatan jahitan, gunting rambut dan lain-lain.
b) Projek Ekonomi Berasaskan Perniagaan Secara Kecil-Kecilan. Projek-projek ekonomi yang menjalankan aktiviti penjualan produk seperti makanan/minuman dan barangan sebagai aktiviti utama projek.
c) Projek Ekonomi Berasaskan Perusahaan Sumber Asas Tani/ Perikanan/ Penternakan
Projek-projek ekonomi yang menjalankan aktiviti penghasilan produk/memproses bahan-bahan mentah pertanian sebagai aktiviti utama projek.
d) Projek Ekonomi Berasaskan Aktiviti Pertanian/Perikanan/Penternakan
Projek-projek yang meliputi aktiviti tanaman (sayur-sayuran/buah-buahan dan lain-lain), ternakan (lembu/ayam/kambing dan lain-lain) dan perikanan (peralatan menangkap ikan/ternakan ikan dalam sangkar dan lain-lain).
Penduduk Negeri Kedah yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) boleh mengisi borang yang disediakan di Pejabat Zon Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di daerah masing-masing untuk tindakan selanjutnya.
Kelulusan bagi permohonan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) adalah berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan oleh KEDA serta tertakluk kepada bajet dan kelulusan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Soalan 2
Apakah program-program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan Dan Pembasmian Kemiskinan (BPMIPK).
Jawapan
Program-program yang di laksanakan oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan Dan Pembasmian Kemiskinan (BPMIPK) merangkumi 4 skop projek iaitu :
1. Program Transformasi Desa & Pengupayaan Komuniti (PTDPK), merangkumi 6 aktiviti iaitu :
a) Pembangunan Generasi Pewaris
Bantuan Projek Ekonomi Belia Lelaki, Bantuan Projek Ekonomi Beliawanis, Kursus Bina Insan Belia dan Kursus Pengurusan Projek Ekonomi.
b) Pembangunan Minda Insan Dan Pengajian Sepanjang Hayat
Forum Perdana, Kursus Pemantapan Solat, Kursus Pemantapan Imam & Bilal, Kem Motivasi Pelajar SPM & UPSR, Bengkel Hala Tuju Lepasan SPM, Kursus Kesedaran Hak Wanita, Kursus Pengurusan Jenazah dan Kursus Penyembelihan.
c) Pembangunan Modal Insan
Kursus Kemahiran Keibubapaan, Kem Pemantapan Jati Diri dan Seminar Motivasi Solat (i-SMART).
d) Aktiviti Kesenian Dan Kebudayaan
Festival Kesenian & Kebudayaan Islam dan Aktiviti Kesenian & Kebudayaan.
e) Aktiviti Kemasyarakatan Turun Padang
Aktiviti Pengurusan & Kesedaran Sisa Pepejal / Keceriaan Kampung, Aktiviti Masyarakat Penyayang dan Pengimarahan Ramadhan.
f) Pengupayaan Pusat Komuniti Desa Kedah
Latihan Komuniti, Program Kesukarelawan & Kemasyarakatan dan Perkhidmatan Setempat.
2. Program Pemerkasaan Ekonomi Institusi Luar Bandar (PPEI), merangkumi dua aktiviti iaitu :
a) Pengurusan Dan Pentadbiran Institusi Luar Bandar (Kursus Pengurusan Kepimpinan dan Pengurusan Kewangan)
Kursus Pengurusan dan Kepimpinan (4P), Kursus Pengurusan dan Kepimpinan (Koperasi), Kursus Pengurusan dan Kepimpinan (MPKK) dan Kursus Kepimpinan Desa.
b) Pengurusan Projek (Kursus / Latihan) – Dana Pelancaran Projek
Kursus Pengurusan Projek dan Kewangan (Koperasi), Dana Projek Ekonomi, Majlis Penerangan dan Pelancaran Projek dan Geran Pelancaran Koperasi (Desa KEDA Che Bema dan Desa KEDA Teluk Berembang).
3. Program Pembangunan Semula Kawasan Terbiar (PSKT), merangkumi tiga aktiviti iaitu :
a) Kemudahan Infrastruktur dan Kemudahan Asas Perniagaan yang Bersesuaian
Pusat Pengumpulan, Bengkel IKS dan Gerai IKS.
b) Pembangunan Modal Insan
Aktiviti Keceriaan Kampung dan Gaya Hidup Sihat, Kursus Kepimpinan Kampung, Bengkel Kemahiran Keibubapaan, Pecutan Akhir (UPSR & SPM), Tuisyen Harapan (UPSR & SPM), Kursus Pengurusan Projek Pertanian, Kursus Pengurusan Projek Ternakan dan Kursus Pengurusan Projek Perniagaan.
c) Projek-Projek Ekonomi Berasas Pertanian, Ternakan Dan Perniagaan
Projek Pertanian, Projek Ternakan dan Projek Perniagaan.
4. Projek Pembangunan Akademi Al-Hidayah, Sungai Jagung, Sungai Petani :
a) Pembangunan Modal Insan
Pengajian Sepanjang Hayat, Peningkatan Kemahiran, Diskusi Perdana dan Bicara Ilmu, Pengajian Umum dan Pra Tahfiz.