KEDAAAA ATTA.
Pengerusi KEDA, YBhg. Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid telah mengetuai delegasi KEDA ke majlis ini. Turut hadir mewakili KEDA adalah Pengurus Besar, Hajah Afifah binti Haji Omar, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Encik Khairul Azmeer bin Abu Bakar dan Pengerusi KEDA Holdings Sdn. Bhd., Dato’ Hasmuni bin Hassan.
Majlis dimeriahkan oleh persembahan MARA dan PERDA, di samping tayangan montaj pencapaian KKDW dan agensi sepanjang tahun 2025. YAB Dato’ Seri TPM dalam ucaptamanya menggariskan 5 fokus utama yang menjadi asas kepada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan desa tahun ini.
5 fokus itu adalah People, Place, Productivity, Prosperity dan Prophetic dimana fokus ini bertujuan memastikan kemajuan luar bandar yang mampan, berteraskan nilai dan berpaksikan rakyat.
Pada masa yang sama, turut disampaikan penyampaian hadiah persembahan agensi pada tahun 2025. KEDA kurang bernasib baik dengan hanya memperoleh tempat ke-6 dari keseluruhan 12 agensi yang membuat persembahan. Johan sekali lagi dirangkul KKDW manakala RISDA dan FELCRA berjaya merangkul Naib Johan dan Tempat Ketiga.
Pengurusan KEDA turut menyerahkan hadiah kepada YAB Timbalan Perdana Menteri sempena sambutan ulangtahun kelahiran beliau pada 4 Januari yang lalu.
#KEDA #mensejahterakanluarbandar #LembagaKemajuanWilayahKedah #RancakkanMADANI #MADANIBekerja