-
Tajuk Tender:
Cadangan menaiktaraf kemudahan infrastruktur bagi mendapatkan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) Kolej KEDA, Daerah Sik, Kedah Darul Aman. -
Syarikat Berjaya: AL UMRAN CORPORATION SDN. BHD.
-
Nilai Tender: RM6,807,615.60
-
Tempoh Siap: 60 minggu
Pengarang: pentadbir
berita
beritaa1
Sebut Harga 400-5/6/126
Sebut Harga KEDA(S) 400-5/6/126
Membekal, menghantar, memasang dan menguji peralatan pertanian tanaman cili fertigasi bagi Projek Cili Fertigasi di Charok Padang, Sik, Kedah.
Dasar Keselamatan ICT KEDA Versi 3.0
Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KEDA Versi 3.0 yang berkuat kuasa mulai 3 Januari 2021 digubal bagi memastikan pengurusan dan penggunaan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dilaksanakan secara selamat, terkawal dan berkesan selaras dengan Dasar Keselamatan ICT MAMPU
Dasar ini bertujuan untuk menjamin kesinambungan operasi KEDA dengan meminimumkan risiko dan kesan insiden keselamatan ICT, di samping melindungi kerahsiaan, integriti, ketersediaan dan kesahihan maklumat serta sistem yang digunakan. Skop DKICT KEDA merangkumi semua aset ICT termasuk perkakasan, perisian, perkhidmatan, data, maklumat, sumber manusia dan premis yang menyokong operasi KEDA.DKICT KEDA menetapkan prinsip-prinsip keselamatan ICT, struktur tadbir urus, peranan dan tanggungjawab pihak pengurusan, pegawai ICT, pengguna serta pihak ketiga. Ia turut merangkumi keperluan kawalan keselamatan fizikal, logikal dan pentadbiran, pengurusan risiko, pengendalian insiden keselamatan ICT, serta pematuhan kepada perundangan dan piawaian yang berkuat kuasa.Pelaksanaan dan pematuhan terhadap DKICT KEDA adalah mandatori kepada semua warga KEDA dan pihak berkepentingan. Dasar ini akan disemak secara berkala bagi memastikan ia kekal relevan, berkesan dan selaras dengan perkembangan teknologi serta keperluan keselamatan semasa.
Muat Turun : Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KEDA Versi 3.0
Iklan Tawaran Sewaan Tanah
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mempelawa Syarikat / Pertubuhan / Koperasi / Individu yang berminat untuk menyewa tanah milik KEDA bagi tujuan pertanian.Sebanyak 16 lot tanah ditawarkan melibatkan beberapa daerah di Negeri Kedah termasuk Padang Terap, Kubang Pasu, Pendang, Kulim, Bandar Baharu dan Baling. Keluasan tanah adalah berbeza mengikut lot dengan keadaan tanah rata dan berbukit serta berbatu.Dokumen permohonan sewaan boleh dimuat turun secara percuma melalui pautan yang disediakan. Dokumen hendaklah diisi dengan lengkap dan dikemukakan bersama salinan dokumen sokongan yang berkaitan.
Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. KEDA tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.
Tarikh Iklan: 21 September 2025
Muat Turun Iklan : Tawaran Sewaan Tanah
Set Kata Laluan HRMIS Melalui E-Mel

Langkah-langkah Set Semula Kata Laluan
1. Klik pautan “Lupa Kata Laluan” pada halaman log masuk HRMIS 2.0.
2. Masukkan ID Pengguna serta Tarikh Lantikan dan Tarikh Pengesahan (jika berkaitan), kemudian klik butang “HANTAR”.
3. Masukkan kod keselamatan (captcha) yang dipaparkan dan klik “HANTAR”.
4. Pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang telah didaftarkan di dalam Modul Pengurusan Rekod Peribadi HRMIS.
5. Buka e-mel berkenaan dan klik pautan pengesahan yang disediakan.
6. Melalui paparan Set Semula Kata Laluan, masukkan kata laluan baharu dan klik “HANTAR” untuk mengesahkan perubahan.
Nota Penting
Pastikan alamat e-mel yang didaftarkan dalam HRMIS adalah aktif dan sah.
Jika tidak menerima e-mel pengesahan, sila semak folder Spam / Junk.
Kata laluan baharu hendaklah mematuhi syarat keselamatan yang ditetapkan oleh sistem.
Jadual Pembuka KEDA(S) 400-5/6/126
Keputusan Sebut Harga KEDA
No. Sebut Harga: KEDA(S) 400-5/6/126
Tajuk: Membekal, menghantar, memasang dan menguji peralatan pertanian tanaman cili fertigasi bagi Projek Cili Fertigasi di Charok Padang, Sik, Kedah.
Kod Bidang (MOF): 070303
Butiran Harga:
-
Rujukan 1/2: RM110,050.00 — Tempoh siap 12 minggu
-
Rujukan 2/2: RM118,622.00 — Tempoh siap 12 minggu