Menu Aksesibiliti ×
Saiz Tulisan
Warna Kontras
Tulisan Jelas (Arial)
Tetapan Asal


.

.

KEDA TERUS KOMITED JAGA KEBAJIKAN SOSIAL PENDUDUK DESA KEDA BENDANG PERANG

KEDA TERUS KOMITED JAGA KEBAJIKAN SOSIAL PENDUDUK DESA KEDA BENDANG PERANG
POKOK SENA – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) terus komited menjaga kebajikan dan kesejahteraan sosial penduduk Desa KEDA melalui penyerahan pelbagai bentuk bantuan kepada penduduk Desa KEDA Bendang Perang sempena Program Lawatan Pengerusi KEDA Bersama Penduduk Desa KEDA Zon 3, Pendang/Pokok Sena, di sini, kelmarin.
Antara bantuan yang disampaikan termasuk sumbangan 20 beg beras kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Penduduk (JKKP) serta golongan asnaf, Bantuan Ekonomi Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan PIKAT, lawatan tapak projek SPIKE, penyerahan Sejati MADANI berupa sebuah jentera backhoe, penyerahan kunci K-Home, serta Program Ziarah Kasih melibatkan lima buah rumah penduduk Desa KEDA Bendang Perang.
Majlis penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi KEDA, YBhg. Dato’ Seri Diraja Mahdzir bin Khalid, bersama Pengurus Besar KEDA, YBhg. Puan Hajah Afifah binti Haji Omar.
Turut hadir, Penasihat Program dan Aktiviti KEDA Parlimen Pokok Sena, YBhg. Dato’ Said Ali bin Syed Rastan, Pengurus Pembangunan Komuniti, Encik Mohd Azam bin Omar, Pengurus Hartanah dan Prasarana, Encik Rojani Romeli, Pegawai Pembangunan Zon 3 Pendang/Pokok Sena, Encik Mohd Hafiz bin Ahmad serta pegawai-pegawai KEDA yang lain.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan KEDA dalam memastikan kebajikan penduduk Desa KEDA sentiasa terbela, di samping menyokong pembangunan sosioekonomi komuniti luar bandar secara menyeluruh.
×
Imej ahli lembaga pengarah