Modal Insan
Pembangunan modal insan adalah tunjang kepada kemajuan wilayah. KEDA memberi penekanan kepada pendidikan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) serta pembangunan sahsiah untuk melahirkan generasi yang berkemahiran tinggi dan berdikari
Memperkasakan belia dan masyarakat setempat dengan ilmu kemahiran yang relevan dengan pasaran kerja semasa.
Kolej KEDA:Pusat latihan kemahiran yang menawarkan sijil dalam bidang seperti teknologi kimpalan, teknologi elektrik, teknologi fabrik Wanita dan lelaki, teknologi motorsikal, dan teknologi makanan, teknologi penyaman udara dan teknologi automotif.
Program Transformasi Minda:Kursus motivasi dan kepimpinan untuk ketua-ketua komuniti dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung.
Pendidikan Komuniti:Bengkel jangka pendek untuk suri rumah dan belia bagi menambah pendapatan sampingan melalui kemahiran asas.