Perutusan Pengurus Besar
Perutusan Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)
AFIFAH BINTI HAJI OMAR
Pengurus Besar KEDA
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Malaysia Madani dan Salam Mensejahterakan Luar Bandar.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari Laman Web Rasmi KEDA. Laman web ini adalah salah satu wadah untuk KEDA mendekatkan diri dengan golongan pekerja, majikan, lain-lain pihak berkepentingan dan juga orang ramai.
Fokus kami adalah jelas: memastikan setiap projek pembangunan sampai terus kepada kumpulan sasar tanpa ketirisan. KEDA kini sedang giat memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan (Service Delivery) yang pantas dan efisien.
KEDA komited untuk mengurangkan karenah birokrasi melalui adaptasi teknologi digital. Laman web ini berfungsi sebagai medium interaksi dua hala antara KEDA dan pelanggan kami.
Kepada seluruh warga kerja KEDA, marilah kita bekerja sebagai satu pasukan. Terapkan nilai “Cepat, Tepat, dan Integriti” dalam setiap tugasan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”