Profil
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam Malaysia Madani dan Salam Mensejahterakan Luar Bandar. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari Laman Web Rasmi KEDA. Laman web ini adalah salah satu wadah untuk KEDA mendekatkan diri dengan golongan pekerja, majikan, lain-lain pihak bekepentingan dan juga orang ramai. Tahniah juga diucapkan kepada pihak Jawatankuasa Kerja Pengurusan Portal/Laman Web dalam mengelola Laman Web ini dengan cemerlang.

Selaku Pengurus Besar, saya mengucapkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kerana bantuan dan sokongan yang telah diberikan kepada KEDA. Dengan adanya laman web ini, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dapat berinteraksi dengan masyarakat di seluruh negara dan dunia amnya, dan juga dapat memperkenalkan fungsi, struktur organisasi dan semua aktiviti-aktiviti Majlis kepada semua pihak yang melawati Laman
Web ini.
Menterjemah Visi kepada realiti sebagai jentera pelaksana utama, pengurusan KEDA memikul tanggungjawab untuk memastikan setiap visi dan dasar yang digariskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Lembaga Pengarah KEDA diterjemahkan kepada hasil yang nyata dan berimpak tinggi. Fokus kami adalah jelas: memastikan setiap projek pembangunan dan program sosioekonomi sampai terus kepada kumpulan sasar tanpa ketirisan.
Kecekapan penyampaian perkhidmatan (Service Delivery) KEDA kini sedang giat memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan. Kami sedar bahawa rakyat memerlukan perkhidmatan yang pantas, mesra, dan efisien. Justeru, KEDA komited untuk mengurangkan karenah birokrasi dan mempermudah urusan melalui adaptasi teknologi digital. Laman web ini bukan sahaja berfungsi sebagai portal informasi, tetapi
sebagai satu medium interaksi dua hala antara KEDA dan pelanggan kami.
Sinergi Warga Kerja Kepada seluruh warga kerja KEDA, marilah kita bekerja sebagai satu pasukan yang utuh. Kekuatan organisasi ini bukan terletak pada individu, tetapi pada kesatuan hati dan kesungguhan kita dalam melaksanakan amanah. Terapkan nilai “Cepat, Tepat, dan Integriti” dalam setiap tugasan harian.
Penghargaan dan Harapan Saya mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan membina daripada pengunjung laman web ini demi penambahbaikan mutu perkhidmatan kami. Pintu KEDA sentiasa terbuka untuk mendengar denyut nadi masyarakat desa.
Semoga usaha murni kita diberkati Allah SWT dan memberi manfaat berkekalan kepada rakyat Kedah.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“MENSEJAHTERAKAN LUAR BANDAR”
AFIFAH BINTI HAJI OMAR
Pengurus Besar
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA